CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 20 March 2013

Video johan pertandingan bintang kecil.

Hari pertama ketika Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK Bandar Baru Bangi Jalan 2/1. Dua nyanyian yang diperdendangkan tapi lagu pertama menjadi perhatian saya. 


Ayah, Ibu, Anak - Baji

p/s: Maaf atas kualiti video yang tidak memberangsangkan. Digalakkan untuk mendengar menggunakan 'speaker'/'earphone'/'headphone'

Saturday 16 March 2013

#3 Aktiviti: Senaman dan Regangan Ringan





Tujuan: Memastikan murid segar dan cerdas sebelum proses P&P.
  1.   Murid diminta untuk berdiri di tempat duduk masing-masing. 
  2.  Guru adalah penunjuk cara dan murid-murid mengikut pergerakan.
  3. Murid-murid diminta untuk menarik nafas dan melepaskannya dengan kuat.
  4. Guru perlu memantau perlakuan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Thursday 14 March 2013

#2 Aktiviti : "Di mana dia"




‘ish-ish….apa nak jadi dengan kelas ni’, keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra. ‘Murid-murid, sila duduk di tempat masing-masing’, arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjah. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.

Ini adalah masalah yang dihadapi oleh Cikgu Daniel setiap kali mengajar kelas ini. Justeru itu, bagi membendung masalah ini, kami telah membina aktiviti ini dan diharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Cikgu Daniel.  




OBJEKTIF AKTIVITI


  • Memupuk semangat kerjasama antara ahli pasukan.
  • Murid dapat mempraktikkan apa yang telah mereka belajar. 
  • Hubungan antara guru dan murid dapat dirapatkan. 
LANGKAH-LANGKAH 

  1. Mengandaikan Cikgu Daniel mengajar subjek Bahasa Melayu, Cikgu Daniel boleh membuat aktiviti  seperti mencari harta karun. 
  2. Cikgu daniel menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti tersebut iaitu keratan perkataan-perkataan.  
  3. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bilangan kelas tersebut.
  4. Sebelum aktiviti ini dimulai, Cikgu Daniel meminta murid-muridnya untuk keluar kelas kerana Cikgu Daniel mahu menyembunyikan perkataan-perkataan tersebut. 
  5. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk mencari perkataan tersebut. 
  6. Jika salah satu kumpulan telah menjumpai keratan perkataan tersebut, mereka diminta untuk membina sebuah ayat berdasarkan perkataan tersebut. 
  7. Markah diberi berdasarkan masa yang diambil untuk mencari perkataan tersebut dan ketepatan ayat yang mereka telah bina
  8. Hadiah diberi kepada kumpulan yang mengutip markah tertinggi. 

#1 Aktiviti : What is it?



Objektif:
Mengasah deria sentuh
Meningkatkan kemahiran bahasa

Memperbetulkan kemahiran menulis

Bahan:

Pen marker

Kertas A4

Penutup mata

Pelbagai jenis mainan
Kotak atau beg gelap

Langkah-langkah:


  1. Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan (ikut kesesuaian)
  2. Guru memegang beberapa kantung berwarna hitam yang berisi barang mainan
  3. Setiap kumpulan menghantar wakil dan diminta untuk memakai penutup mata 
  4. Setiap seorang akan merasa barang yang terdapat dalam beg tersebut tanpa memberitahu terlebih dahulu nama barang tersebut
  5. Setiap seorang diminta untuk menulis nama barang tersebut di atas kertas bersaiz A4.
  6. Mereka diminta untuk menayangkan kertas tersebut ke arah rakan-rakan.
  7. Guru menunjukkan barang tersebut selepas itu. 
  8. Kumpulan yang betul diberikan markah.

Kompetensi pengajaran dan pembelajaran








Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti berikut:

1. Kandungan mata pelajaran:

-Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum.
Contoh: Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara mengurus idea serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir dan berhujah, pola perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan kebolehan memindahkan idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain.

2. Strategi pengajaran

-Seiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P
Contoh: Guru yang efektif akan member penekanan kepada kolaborasi antara murid dalam usaha mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri.

3. Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran.

Contoh: Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang mencukupi dalam memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras dengan perancangan dan matlamat tercapai.
Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat maklum balas dan menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih baik,menarik pada masa seterusnya.

Kemahiran mengurus bilik darjah



  • Merupakan salah satu aspek bagi seorang guru yang efektif.
  • Kebolehannya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan membentuk peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah, dan menangani masalah tingkah laku murid.

Kemahiran motivasi


  • Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang diberikan dan pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan minat dan matlamat dan kebolehan mereka.

Kemahiran komunikasi


  • Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan.
  • Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya guru efektif juga mengekalkan kritikan pada tahap minimum, mempunyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif atau pasif, dan yang terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi mjurid-murid melalui latihan, praktis dan sebagainya.

Kemahiran teknologi


  • Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan bahan multi-media sebagai alat sokongan.

PENGURUSAN BILIK DARJAH SEKOLAH RENDAH




PENGENALAN

Ciri yang menjadikan bilik darjah tempat yang unik dan mencabar
1. pelbagai dimensi
2. serentak
3. segera
4. sukar diramal
5. umum

KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH


  •  pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi
  •  pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku (Richard, 1990)


Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat yang berikut:

  • menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
  • membentuk suasana pembelajaran yang positif
  •  menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-murid
  •  menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum
  • meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p
  • mengurangkan masalah disiplin
  •  pengurusan rutin yang berkesan
  •  murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri
- bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku. ia memerlukan guru yang berkemahiran dan berkemampuan yang pelbagai dalam menyelesaikan masalah yang telah berlaku. faktor utama dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah:-

  • perancangan yang rapi
  •  guru perlu mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan mereka
  •  membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan p&p yang telah dilaksanakan

pengetahuan tentang keperluan murid-murid

  • keperluan hierarki Abraham maslow (estetik, pengetahuan, penyempurnaan kendiri, penghargaan diri, kasih sayang, keselamatan dan fisiologi) 

fisiologi dan psikologi mempunyai pengetahuan akademik:-

  •  memahami objektif pengajaran
  • melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran
  • berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
  • pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid
  • masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi
  •  pengalaman kejayaan
  •  maklum balas yang tepat dan realistik

Pengurusan bilik darjah
1. merancang
2. mengelola
3. mengawal
4. membuat refleksi
5. menjalinkan hubungan guru- murid

ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah ialah guru yang dapat:-

  • menguruskan bilik darjah dengan berkesan
  • membentuk suatu suasana agar murid teransang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik
  • menggunakan masa p&p dengan efisien


tiga aspek yang dilihat:
1. kualiti peribadi
2. kompentensi pengajaran dan pembelajaran
3. penghayatan dan amalan nilai
guru yang efektif (mesra, peramah, penyanyang, tenang, jenaka, kreatif, spontan, fleksibel dll) guru yang tidak efektif (cepat marah, tidak yakin, pesimis, autokratik, tiada daya usaha, tegar)