‘ish-ish….apa nak jadi dengan kelas ni’, keluh Cikgu Daniel setiap kali
masuk kelas 3 Mesra. ‘Murid-murid, sila duduk di tempat masing-masing’, arah
Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel
terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang
masih berkeliaran dalam bilik darjah. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu
Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka
dengan hal masing-masing.
Ini adalah masalah yang dihadapi oleh Cikgu Daniel setiap kali mengajar kelas ini. Justeru itu, bagi membendung masalah ini, kami telah membina aktiviti ini dan diharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Cikgu Daniel.
OBJEKTIF AKTIVITI
- Memupuk semangat kerjasama antara ahli pasukan.
- Murid dapat mempraktikkan apa yang telah mereka belajar.
- Hubungan antara guru dan murid dapat dirapatkan.
LANGKAH-LANGKAH
- Mengandaikan Cikgu Daniel mengajar subjek Bahasa Melayu, Cikgu Daniel boleh membuat aktiviti seperti mencari harta karun.
- Cikgu daniel menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti tersebut iaitu keratan perkataan-perkataan.
- Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bilangan kelas tersebut.
- Sebelum aktiviti ini dimulai, Cikgu Daniel meminta murid-muridnya untuk keluar kelas kerana Cikgu Daniel mahu menyembunyikan perkataan-perkataan tersebut.
- Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk mencari perkataan tersebut.
- Jika salah satu kumpulan telah menjumpai keratan perkataan tersebut, mereka diminta untuk membina sebuah ayat berdasarkan perkataan tersebut.
- Markah diberi berdasarkan masa yang diambil untuk mencari perkataan tersebut dan ketepatan ayat yang mereka telah bina.
- Hadiah diberi kepada kumpulan yang mengutip markah tertinggi.